THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

17 February 2012

cara penjagaan diri sempurna


VITAMIN DAN MINERAL PENTING UNTUK KESUBURAN?
==================================
(Feel free to TAG, SHARE and LIKE ♥ )

1) Vitamin C
**********
Kekurangan vitamin C pada lelaki menyebabkan masalah sel sperma bergumpal dan menghalang pergerakan sperma menuju ke sel ovum. Bagi perokok pula, toksin dari rokok akan menyebabkan pertumbuhan sel sperma tidak normal dan Vitamin C terbukti dapat meneutralkan kesan toksin rokok ke atas sel sperma. Jadi untuk lelaki elakkanlah merokok atau tingkatkan pengambilan Vitamin C anda. Tetapi bagi wanita pula, berlebihan Vitamin C akan mengeringkan cecair servik dan menghalang sel sperma menuju ke sel ovum. Jadi untuk wanita, jangan ambil Vitamin C melebihi keperluan harian anda. 

2) Vitamin E
*********
Kekurangan Vitamin E menghalang pembentukan sel sperma dan mengganggu keseimbangan hormon seks lelaki. Pengambilan Vitamin E yang cukup membantu meningkatkan kesihatan dan keutuhan sel sperma.

3) Selenium
*********
Kekurangan selenium menyebabkan pembentukan sel sperma tidak sihat dan membawa kepada ketidaksuburan kepada lelaki. Kekurangan selenium menyebabkan sel sperma teroksida dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

4) Zink
******
Kekurangan zink pada lelaki menyebabkan hormon seks (testosterone) rendah dan penghasilan sel sperma yang tidak sihat dan tidak sempurna. 

5) Evening Primrose Oil (EPO)
**********************
Di dalam EPO terdapat sejenis asid lemak penting bernama GLA (asid linolenik gamma). Dan GLA sebenarnya yang membantu mengawal simptom PMS dan membantu badan menghasilkan cecair servik yang sihat dan berkualiti untuk membantu sel sperma berenang menuju ke sel ovum bagi tujuan persenyawaan, dan meningkatkan jangka hayat sperma di dalam Tiub Fallopio untuk memaksimumkan peluang persenyawaan.

Pengambilan vitamin dan mineral di atas secukupnya akan membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat. Jika diet anda tidakmengandungi vitamin dan mineral di atas secukupnya, anda boleh mendapatkannya melalui pengambilan supplement Shaklee yang lengkap dengan kesemua vitamin dan mineral penting di atas. 
Semoga tips ini membantu semua.

No comments:

Post a Comment